[UPDATE] Exam PTD 2017 – Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik

Contoh Soalan PTD

Adakah anda dipanggil untuk exam PTD pada 3 Nov 2017 nanti?

Kebiasaannya exam PTD atau peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik mengandungi sama ada 2 atau 3 seksyen.

Exam PTD kali ini akan dijalankan dari jam 8:00 – 9:40 malam.

 

Format Baru Exam PTD

Format baru exam PTD akan hanya mengandungi 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am & Daya Menyelesaikan Masalah.

Jika anda dipanggil untuk exam PTD dan inginkan maklumat terbaru, contoh soalan dan tips exam PTD, sila daftarkan nama dan email anda di bawah.

Kami akan memberikan update terkini tentang skop exam PTD Nov 2017.

Daftar Nama Ke Waiting List!

EXAM PTD NOV 2017

Jadi Yang Pertama Menerima Hebahan!
DAFTAR
Pastikan anda mendaftar! Jangan terlepas..

 

Tips PTD

Berikut adalah tips exam PTD bagi seksyen A iaitu soalan pengetahuan am.

  • Banyakkan membaca akhbar nasional seperti Berita Harian, Utusan, NST dan The Star.
  • Ambil tahu tentang perkembangan semasa negara
  • Ambil tahu tentang apa saja yang berkaitan dengan kerajaan
  • Banyakkan bacaan berkenaan dengan bidang IT, kewangan, sukan, sejarah dan sebagainya

Skop untuk pengetahuan am sangat luas, anda boleh ditanya tentang apa apa sahaja.

Ambil tahu apa saja tentang kerajaan.

 

Exam PTD 2017

Soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada tahun 2017  mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am ( 40 Minit )
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah ( 45 Minit )

Exam PTD M41 – Seksyen A

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.

Anda semestinya perlu mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Exam PTD akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Anda mesti mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.

Berikut adalah contoh contoh soalan exam PTD yang lalu.

 

Soalan Peperiksaan PTD – Seksyen A

Soalan PTD

 

Exam PTD – Seksyen B

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam bahagian ini anda di kehendaki menyelesaikan contoh soalan exam PTD yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen kemahiran logik exam ptd ini, gunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan soalan exam ptd dikemukakan.

Anda boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik.

Proses penyelesaian masalah bagi exam PTD M41 tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat SPM.

 

Soalan Exam Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 – Seksyen B

 

Contoh Soalan PTD

 

 

DISCLAIMER

Coach Kerjaya tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Coach Kerjaya hanya menyediakan bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan.

Soalan yang disediakan BUKAN SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan.

Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

Daftar Nama Ke Waiting List!

EXAM PTD NOV 2017

Jadi Yang Pertama Menerima Hebahan!
DAFTAR
Pastikan anda mendaftar! Jangan terlepas..
Tunggu Dulu! 
Download 50 Nota Rujukan & Bacaan Seksyen A, 60 Soalan Seksyen A & 40 Soalan Seksyen B Serta Merta! 
 Download Sekarang! 
Klik butang merah di bawah untuk download Percuma!
TERIMA KASIH!