Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 – Panduan & Contoh Soalan

Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 akan dijalankan pada hari rabu, 20 September 2017 berdasarkan hebahan yang telah dikeluarkan oleh pihak SPA beberapa hari lalu.

Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) melalui SPA Malaysia telah mengumumkan pengambilan sebanyak 200 pegawai eksekutif untuk mengisi kekosongan di LHDN.

Berikut adalah pecahan jawatan bagi exam pegawai eksekutif LHDN gred 41 yang ditawarkan:

  1. Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
  2. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
  3. Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41
  4. Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41

Melalui info yang kami terima, hampir 50,000 calon akan menduduki exam pegawai eksekutif LHDN gred 41 pada 20/9 nanti.

Kekosongan yang ditawarkan adalah sebanyak 230 kekosongan.

Jika anda betul betul mahukan jawatan ini, anda mesti terlebih dahulu melepasi tapisan pertama iaitu peperiksaan online.

Sudahkah anda bersedia?

 

Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Exam online ini adalah yang pertama kali diadakan untuk exam pegawai eksekutif LHDN gred 41. Peperiksaan ini akan dijalankan oleh pihak SPA Malaysia.

Adakah anda dipanggil? Jika anda belum pasti sama ada anda dipanggil atau tidak untuk peperiksaan ini, klik pautan dibawah untuk membuat semakan.

Klik –> http://e-semakanntt.spa.gov.my

Jika anda telah dipanggil untuk menduduki exam pegawai eksekutif LHDN gred 41 ini, kami menyarankan anda agar membuat persediaan rapi bermula dari sekarang.

Exam ini tidak mudah. Serius!

Dari statistik  yang kami kumpulkan, kebiasaannya hanya 5% – 10% sahaja calon yang lulus peperiksaan online yang dianjurkan SPA.

Menakutkan?

Risau?

Ya! Anda patut risau kerana ini bukan exam biasa.

Ini masa depan anda.

Bagaimana cara membuat persediaaan untuk peperiksaan online ini?

Apakah yang harus anda ulangkaji?

Bahan bacaan apa yang harus anda baca?

Andainya statistik di atas dijadikan ukuran, calon yang akan lulus exam online ini maksimum hanya 5000 orang.

45,000 calon lagi akan gagal.

Mengapa gagal?

Ramai yang akan gagal atas pelbagai faktor, kebiasaannya adalah kerana..

  • Tidak faham format soalan
  • Tidak bersedia
  • Pertama kali menduduki exam online SPA
  • Tidak tahu apa yang harus di baca

Bagaimana dengan anda?

Mahu lulus dan terus ke saringan seterusnya atau kandas di tapisan ini yang juga merupakan senjata paling berkesan ciptaan SPA untuk menolak sebahagian besar calon yang tidak berkualiti, tidak layak atau tidak bersedia untuk menjawat jawatan ini.

Anda betul betul mahukan jawatan ini?

 

Exam terbaru SPA –> Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara

 

Kami di Tim Infokerjaya ada jawapan untuk masalah anda. Kami ada menyediakan panduan, contoh soalan exam pegawai eksekutif LHDN gred 41 dan latih tubi yang anda boleh rujuk untuk menghadapi peperiksaan ini.

Mengapa kami yakin dapat membantu anda?

Kerana kami telah membantu 70,000 calon seperti anda lulus exam online SPA dan seterusnya mendapatkan jawatan di dalam sektor awam sejak tahun 2009.

Jadi, untuk lulus peperiksaan online ini, perkara asas yang anda wajib tahu adalah format soalan yang digunakan SPA.

Dah tahu? Bagus.

Belum tahu?

Berikut adalah format & contoh soalan exam pegawai eksekutif LHDN gred 41.

Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 mempunyai 3 seksyen yang utama iaitu;

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am yang terdiri daripada soalan mengenai Negara Malaysia & Alam Sekeliling ( 8.00 pm hingga 8.40 pm )
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah ( 8.55 pm hingga 9.45 pm )
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris ( 10.00 pm hingga 10.20 pm )

 

Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 – Seksyen A

1. Cukai  kepenggunaan  semasa  adalah:

I. Cukai  Jualan
II. Cukai Pintu
III. Cukai Tanah
IV. Cukai Perkhidmatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

 

2. Cukai Jualan Diperkenalkan pada:

A. 03 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 01 April 2015
D. 29 Februari 1972

 

3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?

A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

 

4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?

A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang

 

Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 – Seksyen B

1. Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setiap hari ialah

 

2. Lim Ah Cap mempunyai 210 biji buah duku. Dia menyimpan 2/7 daripada jumlah keseluruhan buah duku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Amy, Shah dan Ahmad. Berapakah biji buah duku yang diperoleh oleh setiap rakannya?

 

3. Dalam satu pertandingan sukan, Syafeeq menyertai acara larian pecut 100 meter. Dia berjaya mengejar dan memintas peserta kedua dalam pertandingan tersebut. Syafeeq telah menduduki tempat

A. Pertama
B. Kedua
C. Ketiga
D. Keempat

 

4. Pilih nombor yang terakhir dalam susunan di bawah

25 24 22 19 15 ?

A. 13
B. 10
C. 7
D. 5

 

Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 – Seksyen C

Hartanah Pertama Yang Mana Patut Anda Miliki Dahulu?

Jika anda tanya kepada sesiapapun yang baru di dunia hartanah kenapa mereka masih tidak membeli rumah, kebanyakannya akan memberitahu bahawa kos untuk memiliki sebuah rumah bukanlah merupakan pelaburan yang sangat kecil. Ia melebihi kemampuan seseorang individu itu untuk memilikinya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang masih mengumpul dan menyimpan wang untuk memiliki rumah impian mereka sebagai hartanah pertama.

Persoalannya, patutkah anda menunggu sehingga berjaya mengumpul wang yang cukup untuk membeli rumah impian anda?

Harga hartanah di Malaysia sentiasa melambung naik, banyak pembeli hartanah sendiri mempunyai masalah terhadap pemilikan rumah idaman mereka seperti berangan ingin memiliki rumah teres berkembar dua tingkat tetapi hanya mampu memiliki kondominium dua bilik tidur.

Jika anda seorang prospektif pembeli rumah kali pertama, anda mungkin menghadapi banyak keputusan yang sukar.

Semua individu mempunyai pendapat yang tidak sama, di mana ada di antara mereka yang ingin membeli rumah untuk selama-lamanya dan ada yang hanya ingin membeli rumah untuk kali pertama bagi permulaan.

Tetapi secara amnya, rumah permulaan mampu membuatkan anda bahagia pada lima tahun pertama atau lebih. Atau mungkin ia sudah mencukupi bagi seseorang individu.

Sebaliknya, rumah kekal ialah merupakan rumah yang anda mungkin telah melihat diri anda apabila tinggal di situ, lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga.

Masalah yang utama sekarang hanyalah wang.

Jual-beli rumah juga punya turun naik seperti kadar-kadar faedah dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Pembeli rumah kali pertama kini membeli rumah sekadar mengikut kesesuaian bajet mereka berbanding dengan kegemaran mereka.

Terdapat banyak baik dan buruk yang harus dipertimbangkan, tidak kira sama ada rumah itu dijadikan sebagai rumah permulaan mahupun rumah untuk diduduki selama-lamanya.

 

Dapatkan Rumah Pertama Anda

Terdapat beberapa kebaikan jika anda membeli rumah permulaan daripada membeli rumah idaman bagi kali pertama.

Pertama sekali, Kadar semasa Base Lending Rate (BLR) sebanyak 6.6% (seperti Januari 2014) merupakan yang di antara terendah semenjak 10 tahun lalu.

Pakar dan ahli ekonomi berpendapat kadar ini mungkin akan meningkat pada tahun ini.

Jika anda fikir kadar janji yang bagus merupakan satu perkara yang tidak cukup baik untuk anda, dan anda membuat keputusan untuk berkompromi bagi rumah pertama anda, fikir semula.

Kadar jumlah pinjaman anda akan memberi kesan kepada bayaran bulanan anda dan juga jangka peminjaman anda.

Anda juga boleh memeriksa bayaran bulanan anda terhadap kadar faedah semasa yang ditawarkan oleh bank menggunakan kalkulator pinjaman rumah iMoney.

Ini akan memberi idea yang lebih terang tentang bagaimana kadar-kadar faedah boleh menjejaskan kewangan anda.

Satu lagi pertimbangan yang harus diambil kira adalah penilaian harta.

Membeli rumah permulaan sekarang boleh membantu anda mempercepatkan matlamat dengan menjualnya apabila harga pasaran rumah permulaan anda melambung.

Ini memang selalu dilakukan oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia.

 

Perkara Yang Patut Anda Elakkan

Kekurangan terbesar dengan membeli rumah permulaan adalah apabila nilai rumah tersebut tidak melambung dan juga kesukaran untuk disewakan.

Untuk mengurangkan perkara seperti ini berlaku, buat seberapa banyak kajian tentang jenis dan lokasi hartanah tersebut.

Tidak banyak individu yang berumur 30-an atau 20-an mampu memiliki rumah impian anda. Apabila harga rumah dan kos sara hidup meningkat, gaji tidak bertambah dengan kadar yang sama.

Hari ini, dengan pendapatan seisi rumah bersama mungkin tidak dapat memiliki mana-mana rumah yang selesa di kawasan bandar Lembah Klang.

Menunggu sebuah rumah impian untuk selama-lamanya mungkin hanya akan menjadi satu penantian kerana harga rumah tidak akan menurun sehingga bila-bila.

Sekarang, satu hartanah yang tidak mampu dibeli sekarang, mungkin juga di luar kemampuan pada masa akan datang, jika kenaikan gaji kekal di kadar yang sama.

 

Menyasarkan Kepada Pertengahan

Jadi, bagaimanakah anda membuat keputusan bagi memilih rumah pertama anda?

Untuk membuat keputusan dengan lebih mudah, pertimbangkan perbezaan harga rumah permulaan dan juga rumah impian anda.

Jika perbezaan harga bagi rumah impian anda boleh dikumpul dalam jangka masa setahun, anda boleh pilih untuk menunggu sehingga wang yang diperlukan selesai dikumpul.

Tetapi jika perbezaannya adalah di antara sebuah kondiminium satu bilik berharga RM250,000 dan rumah teres dua-tingkat RM600,000, ia akan mengambil masa lebih dari lima tahun untuk anda menabung, anda boleh menyasarkan pada pertengahan.

Itu bermakna anda masih tidak mampu lagi untuk mendapatkan satu aset yang terbesar dengan jiran yang baik masa kini, tetapi anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana atau pun mencari satu hartanah yanng lebih jauh dari pusat bandar.

Jika anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana ataupun aset yang jauh dari bandar ia mungkin adalah salah sebuah aset yang boleh menjadi senarai dalam pilihan anda.

Dengan meneliti segala kriteria yang anda mahu, anda mungkin boleh menjumpai sesuatu yang berguna pada masa akan datang sebelum anda memiliki rumah idaman anda yang anda mampu miliki selamanya.

Kadangkala, ia mungkin mengambil masa sebanyak dua buah rumah untuk anda mampu memiliki rumah impian anda.

Sumber : iMoney

 

Jawab soalan di bawah berpandukan perenggan di atas

  1. Mengapakah ada individu yang masih belum memiliki rumah?
  2. Harga hartanah di Malaysia sentiasa meningkat, apakah tindakan yang anda lakukan sekiranya masih belum memiliki hartanah?
  3. Berapakah kadar Base Lending Rate (BLR) yang paling rendah pernah dicatatkan?
  4. Apakah kekurangan yang bakal berlaku jika anda membeli rumah permulaan?
  5. Jika anda mahu membeli rumah, apakah jenis rumah yang terbaik sebagai permulaan?

 

Panduan & Rujukan Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Rujukan exam pegawai eksekutif LHDN gred 41 akan mula dijual dalam masa terdekat. Panduan ini adalah bantuan terbaik untuk persediaan exam anda.

Ianya merangkumi..

Contoh soalan untuk pemahaman dan rujukan
✔ 40 ++ Nota ringkas untuk jimat masa anda
✔ 40++ Contoh soalan Seksyen A ( TERKINI ) untuk bantu persediaan anda
✔ 50++ Contoh soalan Seksyen B ( TERKINI ) untuk bantu persediaan anda
✔ 20++ Contoh soalan Seksyen C ( TERKINI ) untuk bantu persediaan anda
✔ Latih tubi

Rujukan exam pegawai eksekutif LHDN gred 41 ini tidak terdapat di mana mana dan tidak dijual di dalam bentuk fizikal.

Untuk mendapatkannya, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja jualan dibuka.

Harga Panduan Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 bermula dari hanya RM40 sahaja.

Klik imej di bawah untuk DOWNLOAD Rujukan & Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN.

 

atau..

 

Klik banner di sebelah kanan anda untuk mendaftar melalui facebook.

 

DISCLAIMER

Coach Kerjaya tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Coach Kerjaya hanya menyediakan bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan.

Soalan yang disediakan BUKAN SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan.

Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

Anda Calon Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara?
Waiting List Panduan & Rujukan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara
Daftar Sekarang!
Klik butang merah di bawah untuk mendaftar.
YA, SAYA NAK RUJUKAN!