Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 2017 – Exam Online SPA

Contoh Soalan Penguasa Kastam

Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 – Adakah anda calon exam online Penguasa Kastam WK41 dan sedang mencari contoh soalan Penguasa Kastam WK41, panduan atau rujukan untuk peperiksaan online?

Anda bertuah berada di laman web ini kerana kami akan memberikan anda bukan sahaja informasi mengenai contoh soalan penguasa kastam WK41, tetapi juga aspek aspek lain yang perlu anda tahu tentang jawatan ini.

Contoh Soalan Penguasa Kastam

 

Semakan Panggilan Exam Penguasa Kastam WK41

Adakah anda salah seorang calon exam Penguasa Kastam WK41 2017? Jika anda masih belum membuat semakan, sila semak sama ada nama anda tersenarai sebagai calon melalui pautan di bawah.

[+] Semakan Calon Exam Penguasa Kastam WK41

Klik pautan di atas dan masukkan nama dan nombor kad pengenalan anda. Penting untuk anda mengetahui bahawa anda adalah calon exam atau tidak.

Sekurang-kurangnya anda boleh membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan online Penguasa Kastam WK41.

 

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mentadbir dasar cukai tidak langsung negara.

Dalam erti kata lain, KDRM mentadbir tujuh dan tiga puluh sembilan undang-undang subsidiari utama. Selain itu, JKDM melaksanakan undang-undang bagi lapan belas agensi kerajaan yang lain.

Perniagaan teras Jabatan Kastam adalah untuk memungut cukai dan selaras dengan itu, visi JKDM adalah untuk dihormati, diiktiraf dan bertaraf dunia Pentadbiran Kastam.

Oleh yang demikian, misi Jabatan Kastam adalah untuk memungut hasil dan memberi fasilitasi perdagangan melalui penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang bagi memacu pertumbuhan ekonomi, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

 

[+] Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara

 

Informasi Tentang Kerjaya Kastam DiRaja Malaysia

Jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 merupakan kumpulan pekerja sektor awam dan di kategorikan sebagai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Jawatan ini adalah dibawah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia.

Gaji minimum bagi jawatan ini adalah RM2,094 manakala gaji maksimum adalah RM9,585.

Kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM225 setahun.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terletak di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan ekonomi negara selain memastikan pematuhan undang-undang secara cekap dan berkesan.

Secara asasnya, seorang anggota kastam mestilah mempunyai sikap yang jujur, tegas dan adil ketika bertugas serta memiliki nilai dan sikap toleransi yang baik.

Tugas dan kerja anggota kastam bukan sekadar mengutip cukai, menjaga atau memantau kegiatan haram seperti penyeludupan sahaja.

 

[+] Contoh Soalan Akauntan WK41

 

Tugas pegawai kastam pada masa ini lebih dari itu kerana perkembangan dan pembangunan yang pesat memerlukan anggota kastam untuk menjaga lebih banyak aspek.

Dahulu, masyarakat mengenali pegawai kastam sebagai anggota yang mengawal keselamatan negara dan mengawal kegiatan haram seperti penyeludupan namun kini anggota kastam bertangungjawab melaksanakan tugas-tugas yang lebih besar seperti melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang kastam.

Di samping itu, kepesatan teknologi maklumat dan IT memerlukan Kastam Di Raja Malaysia mendapatkan anggota yang celik tentang pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya di dalam bidang teknologi maklumat selain berpengetahuan di dalam bidang percukaian, perakauanan, data management dan lain-lain lagi.

 

Sifat & Sikap Yang Perlu Ada Pada Seorang Pegawai Kastam

Amanah Berkhidmat

Seorang Pegawai Kastam mestilah mempunyai sifat amanah seperti berikut;

  1. Amanah berkhidmat kepada masyarakat, jabatan dan negara dengan bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, tidak menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah.
  2. Amanah dalam usaha memajukan diri dan perkhidmatan melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah yang praktikal dalam segala tindakan dan keputusan serta menjauhkan diri daripada sikap negatif yang merugikan.
  3. Amanah dan tegas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan undang undang dan peraturan, yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran serta sentiasa berusaha menguasai pengaruh sentimen prasangka dan hasad dengki.

Ikhlas

Di samping itu, Pengawai Kastam harus ikhlas di dalam menjalankan tugas seperti yang diterangkan di bawah;

  1. Ikhlas memberi kerjasama dan saling membantu di dalam perkara perkara yang baik dan berfaedah.
  2. Ikhlas memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui kelemahan yang ada di samping berusaha mengatasinya.
  3. Ikhlas berkhidmat kepada masyarakat, jabatan dan negara serta berasa bangga dengan segala tanggungjawab yang di amanahkan.

Berdedikasi

Setiap anggota kastam juga mestilah ada sifat dedikasi yang tinggi;

  1. Dedikasi dalam memberi perkhidmatan dengan menggunakan sepenuh daya, tenaga dan kesempatan ke arah melaksanakan dan menyempurnakan segala tugas dan tanggungjawab.
  2. Dedikasi mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang baik bagi kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.
  3. Dedikasi memimpin melalui tauladan dan amalan yang luhur ke arah memupuk persefahaman, perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan di kalangan semua pegawai dan kakitangan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia mementingkan etika di dalam jabatan.

Etika bermaksud kelakuan diri dan profesional berdasarkan penghayatan perlu nilai nilai murni yang diterima dan ia bukan setakat pematuhan undang undang dan peraturan peraturan sedia ada.

Tetapi ia merangkumi bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat dan di laksanakan serta justifikasi kepada keputusan itu apabila tiada panduan yang jelas berkaitan tindakan yang perlu diambil.

 

Baca –> Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

 

Tugas & Tanggungjawab Penguasa Kastam Gred WK41

Untuk menjadi seorang Pegawai Kastam WK41, anda mestilah memahami dan komited dengan visi dan misi jabatan kastam bagi memastikan semua dasar, matlamat dan objektif jabatan tercapai sebaik mungkin.

Selain daripada itu, tugas penting dan asas setiap anggota jabatan adalah bertanggungjawab memahami kehendak dan memenuhi keperluan orang awam bagi mengekalkan tahap integriti yang tinggi dalam setiap pelaksanaan tugas.

Penguasa Kastam WK41 mempunyai tanggungjawab seperti di bawah;

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

 

Syarat & Kelayakan

Untuk menjadi seorang Penguasa Kastam Gred WK41, anda perlul melepasi syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh pihak SPA.

Antara syarat-syarat utama yang ditetapkan oleh SPA adalah seperti di bawah:

  • Calon mestilah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred WK41 : RM2,300.73); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan WK41 : RM2,819.63); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pad Gred WK41 : RM2,819.63); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pd Gred WK41 : RM2,923.41); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pegawai kastam yang sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan sebagai Penolong Penguasa Kastam juga layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK41, bergantung kepada kekosongan, apabila telah di sahkan di dalam perkhidmatan dan;

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had umur pelantikan;
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jika anda mempunyai atau melepasi semua syarat yang tertera di atas, anda layak untuk memohon untuk bekerja sebagai seorang anggota Penguasa Kastam WK41.

 

[+] Exam PTD

 

Permohonan Jawatan Penguasa Kastam Gred WK41

Pendaftaran permohonan untuk jawatan ini adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.

Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Anda boleh mendaftar dan membuat permohonan di laman sesawang SPA di http://www.spa.gov.my.

Bidang keutamaan untuk mengisi jawatan ini adalah seperti dibawah;

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan/Pengajian Perniagaan
  • Pengurusan Pemasaran
  • Ekonomi
  • Statistik
  • Undang-undang
  • Forensik

Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41

Peperiksaan online Penguasa Kastam merupakan langkah pertama penapisan yang dijalankan oleh pihak SPA untuk menapis sejumlah besar permohonan untuk mengisi jawatan ini.

Calon calon yang lulus peperiksaan Penguasa Kastam WK41 kemudiannya akan dipanggil ke sesi seterusnya iaitu temuduga Penguasa Kastam WK41.

Secara jujur, untuk melepasi exam Penguasa Kastam WK41 ini bukan mudah. Anda harus lulus peperiksaan Penguasa Kastam WK41 ini dengan cemerlang bagi kesemua seksyen.

Jadi, adalah penting bagi anda, jika anda merupakan antara calon exam untuk bersedia dari awal, membuat kajian yang sepenuhnya dan bersedia dengan segala ilmu yang diperlukan untuk menjadi seorang penguasa kastam.

Contoh soalan penguasa kastam WK41 mungkin boleh didapati dengan banyak namun soalan sebenar mencakupi topik topik yang sangat luas dan berbeza dari contoh soalan penguasa kastam WK41 yang terdahulu.

Untuk menghadapi peperiksaan ini, anda dikehendaki untuk banyak membaca khususnya yang berkaitan dengan bidang tugas seorang pegawai kastam.

 

Tujuan Exam Penguasa Kastam WK41

Exam penguasa kastam WK41 ini bertujuan untuk mengukur kebolehan serta daya pemikiran calon untuk mengaplikasi maklumat dan data yang diperolehi menerusi bahan bacaan, pengalaman dan juga latihan akademik.

Calon calon yang dipanggil untuk menduduki exam penguasa kastam WK41 datang dari berbagai jurusan dan bidang yang berlainan.

Disebabkan itu, contoh soalan penguasa kastam wk41 yang ditanyakan di dalam exam meliputi berbagai topik dan skopnya sangat luas.

Selain itu, exam penguasa kastam WK41 ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kematangan calon berfikir agar calon yang terpilih untuk memenuhi jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 nanti adalah calon yang berkualiti dan berpotensi.

Exam penguasa kastam WK41 yang akan dijalankan nanti merangkumi 2 seksyen yang berlainan.

Calon dikehendaki lulus dengan cemerlang bagi kedua-dua seksyen untuk ke peringkat seterusnya.

 

Penerangan Format Peperiksaan

Seperti mana perubahan format yang terjadi kepada exam PTD yang berlangsung akhir tahun lalu, kami menjangkakan peperiksaan penguasa kastam WK41 ada kali ini juga akan mengikut format yang sama iaitu hanya 2 seksyen sahaja yang akan diduduki oleh calon.

Jika telahan kami benar, maka peperiksaan penguasa kastam WK41 pada tahun 2017 ini hanya mempunyai 2 seksyen iaitu;

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A: Pengetahuan Am

Contoh soalan penguasa kastam WK41 bagi seksyen ini ialah untuk menguji pengetahuan calon tentang perkara-perkara yang berlaku di dunia dan khususnya di Malaysia.

Antara perkara yang perlu di titikberatkan adalah perkara berkaitan dengan bidang  perdagangan antarabangsa, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perkastaman, pengurusan komunikasi & teknologi maklumat, keselamatan negara, bidang sains, undang-undang, bidang sosial, bidang agama, bidang sukan dan lain-lain.

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Di bawah ini adalah contoh soalan Penguasa Kastam WK41 bagi soalan pengetahuan am.

Penguasa Kastam WK41
Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 – Pengetahuan Am

 

Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 – Pengetahuan Am

 

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Untuk seksyen ini, calon yang menduduki exam penguasa kastam WK41 dikehendaki menyelesaikan masalah masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

i – Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

ii – Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Calon boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya  agar mudah untuk calon memberi jawapan.

iii – Konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik.

Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 40

Di bawah ini adalah satu contoh soalan Penguasa Kastam WK41 matematik untuk seksyen B yang telah dikeluarkan pada exam online penguasa kastam 2014.

Anda boleh menjadikan contoh soalan Penguasa Kastam WK41 di bawah untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang jenis soalan dan topik yang mungkin di tanyakan di dalam peperiksaan Penguasa Kastam WK41 nanti.

Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 – Matematik

 

Dapatkan Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Cara paling mudah untuk membuat persediaan menghadapi exam penguasa kastam WK41 adalah dengan mendapatkan Panduan Lengkap Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya.

Tim Infokerjaya yang telah beroperasi sejak tahun 2009 telah membantu lebih 70,000 calon lulus pelbagai exam online SPA.

Tim Infokerjaya merupakan pengkaji yang sentiasa mengkaji format dan bentuk soalan yang dikeluarkan oleh SPA dan menggubal soalan sebagai panduan untuk anda.

Panduan yang akan Tim Infokerjaya sediakan ini merupakan satu set panduan lengkap yang bakal membantu anda bersedia menghadapi dan lulus exam online nanti dengan cemerlang.

Anda boleh mendapatkan contoh soalan Penguasa Kastam W41 melalui link di bawah. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat.

Bersedia dari awal dan jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan menghadapi peperiksaan.

Klik pautan di bawah untuk mendapat Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41. Pautan di bawah akan aktif sebaik jualan dibuka.

Masukkan nama dan email di bawah untuk menerima notifikasi dari kami sebaik jualan dibuka.

 

[+] Panduan Khas, Latih Tubi & Soalan Penguasa Kastam WK41

 

Masukkan nama & email anda di ruangan di bawah ini. Hebahan akan di hantar terus ke email anda apabila jualan di buka.

Panduan Lengkap Rujukan Exam & Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Panduan dan contoh soalan penguasa kastam WK41 ini merupakan satu-satunya bahan rujukan yang ada di pasaran.

Anda tidak akan dapat bahan rujukan, contoh soalan exam dan latih tubi ini di mana mana walau di kedai buku sekalipun.

Rujukan ini merupakan senjata lengkap yang anda boleh gunakan untuk menghadapi peperiksaan yang akan menentukan masa depan anda.

Anda tidak rugi sedikit pun mendapatkan rujukan ini kerana..

  • Pembelian anda disertai dengan Jaminan 100% Wang Dikembalikan sekiranya anda merasakan yang panduan ini sedikit pun tidak membantu anda.
  • Tiada risiko langsung di pihak anda sebaliknya kami yang menanggung risiko. Visi kami hanya satu, membantu anda lulus exam ini.
  • Kemaskini percuma selama 3 tahun. Jika tahun depan anda menduduki exam penguasa kastam sekali lagi, anda akan menerima versi update secara Percuma.

Kami dan Tim Infokerjaya telah membantu lebih 70,000 calon lulus exam online SPA sejak tahun 2009.

 

– Penafian –

Contoh soalan penguasa kastam WK41 dan panduan ini bukan soalan ramalan atau pun soalan bocor.

Panduan ini hanyalah alat bantuan yang akan membantu anda mempersiapkan diri dengan corak dan format soalan SPA.

Soalan exam sebenar adalah rahsia pihak SPA.

Pakej rujukan ini bukan diterbitkan oleh pihak SPA.

Ia diterbitkan oleh pihak Tim Infokerjaya @ Inforkerjaya Resources yang merupakan pengkaji format soalan SPA.

Tunggu Dulu! 
Download 50 Nota Rujukan & Bacaan Seksyen A, 60 Soalan Seksyen A & 40 Soalan Seksyen B Serta Merta! 
 Download Sekarang! 
Klik butang merah di bawah untuk download Percuma!
TERIMA KASIH!