Pegawai Tadbir Diplomatik

Soalan PTD – Exam Pegawai Tadbir & Diplomatik M41

Soalan PTD bagi peperiksaan online yang akan berlangsung pada 23 November 2016 mengalami sedikit perubahan. Namun, yang pastinya perubahan soalan PTD ini meringankan sedikit tugas anda (jika anda salah seorang calon exam PTD).

Pegawai Tadbir Diplomatik

Tips exam PTD ini adalah tips yang baru sahaja kami terima. Jika kebiasaannya exam ptd atau peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik mengandungi 3 seksyen. Namun pada peperiksaan kali ini, dikhabarkan soalan PTD kali ini hanya akan diadakan untuk 2 seksyen sahaja.

 

[+] Exam online SPA terdekat, Penguasa Kastam WK41. Baca post ini -> Contoh Soalan Penguasa Kastam

 

Format Soalan PTD Terbaru 2016

Contoh Soalan PTD terbaru hanya mengadungi dua seksyen sahaja iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am ( 40 Minit )
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah ( 45 Minit )

Contoh Soalan PTD 2016

Exam PTD M41 – Seksyen A

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.

Anda semestinya perlu mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Soalan soalan PTD akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Anda mesti mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.

Soalan PTD

Exam PTD – Seksyen B

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam bahagian ini anda di kehendaki menyelesaikan soalan PTD yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen kemahiran logik ini, gunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan soalan ptd dikemukakan.

Anda boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik.

Proses penyelesaian masalah bagi exam PTD M41 tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat SPM.

Contoh Soalan PTD

Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Pegawai Tadbir & Diplomatik atau PTD merupakan pegawai pegawai mempunyai kelulusan ijazah yang di latih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.

Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran.

Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.

Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara.

Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu.

Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.

Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.

Tugas seorang pegawai tadbir dan diplomatik adalah;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa serta hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Bidang Tugas PTD

Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang tugas-tugas Pegawai Tadbir & Diplomatik. Isu berkaitan mengenai serapan pegawai PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu perdebatan hangat.

Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Luar Negeri.

Untuk mereka yang mahu menjawat jawatan ini, perlu memohon dengan pihak SPA dan kemudian perlu hadir untuk jalani peperiksaan online PTD M41.

Exam PTD – Peperiksaan Online SPA

Bermula tahun 2014, pihak SPA telah pun memperkenal sistem peperiksaan online untuk calon-calon PTD. Dengan pengenalan sistem peperiksaan atas talian ini, lebih ramai calon berpeluang menduduki peperiksaan untuk mengisi jawatan ini.

Seragam dengan pengenalan sistem ini, pecahan seksyen soalan yang baru juga telah digubah seperti di bawah;

  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Menyelesakan Masalah

Calon PTD diperuntukkan masa tertentu untuk menjawab ke semua seksyen. Selang masa rehat exam ptd M41 antara setiap seksyen ialah selama 15 minit.

Syarat Lantikan

Syarat lantikan untuk menjadi seorang pegawai PTD adalah seperti di bawah;

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang di iktiraf oleh kerajaan daripada IPT tempatan ataupun kelayakan yang telah diiktiraf sama dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir & diplomatik yang ditetapkan; dan
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf serupa dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Pegawai Tadbir & Diplomatik

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,422.00 RM9,631.00 RM225.00
Anda Calon Exam Penguasa Kastam WK41?
Download Rujukan & Nota Penguasa Kastam Ini Sekarang!
Download Serta Merta, Percuma!
Klik butang hijau di bawah ini untuk download Nota & Rujukan Exam WK41!
YA, SAYA NAK RUJUKAN!